VVIPs

Friday, August 31

INDEPENDENCE DAY :)

Well , Happy Merdeka Malaysians . Okay i guess this post i'll post in Malay :) I got challenge from Hadzimi Hasni to conclude or to detail about MERDEKA .

Merdeka . Sangat bermakna kepada para pelajar yang akan habis PMR , SPM. :) Lagi bermakna kepada rakyat Malaysia.Bagi saya,erti kemerdekaan ini ialah kebebasan,keamanan tanpa gangguan orang luar untuk memecahbelahkan negara kita.Ironinya,BEBAS DARIPADA CENGKAMAN PENJAJAH.Kita sebagai rakyat Malaysia,perlu bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang.Allah telah memberikan kita sedikit sahaja ujian berbanding rakyat di Palestin.Rakyat di sana,hendak solat pun,kedengaran bunyi dentuman bom di sana sini.Kanak-kanak,wanita dibunuh.Astagfirullahalazim.Jadi,renung-renungkanlah.Pahlawan negara bersusah-payah untuk menegakkan keamanan dan kesejahteraan , kesannya sehinggalah sekarang . AMAN :) Kita juga hendaklah menyambut sambutan kemerdekaan dengan bersemangat kerana amalan nilai murni dapat dipupuk seperti patriotisme,mengeratkan hubungan dalam masyarakat dan lain-lain.Pemimpin negara juga perlulah disegani kerana mereka dapat mentadbirkan negara dengan adil.Mereka tidak adil ? Itu pendapat anda.Bukan saya.Selain itu,semangat untuk mengharumkan nama negara juga perlu ada dalam diri.Tidak kiralah dari segi pelajaran,sukan ataupun bussiness.Sebagai contoh,kita ambil permainan Lee Chong Wei ketika berhadapan Lin Dan pada sukan Olimpik London yang lalu.Lee Chong Wei menunjukkan kelainan kali ini kerana kesungguhan dan keberanian beliau untuk memenangi acara itu berkobar-kobar sehinggalah dia menitiskan air mata bersaksikan seluruh rakyat Malaysia dan DUNIA , membuktikan bahawa beliau kecewa tidak dapat menaikkan nama negara lebih gah di mata dunia.Jadi anda ? apa yang membuatkan anda bangga  menjadi rakyat Malaysia ? Tepuk tangan , tanya otak :) (more than 140)


SALAM MERDEKA , EVERYONE ;)

No comments:

Post a Comment